Refleksi Minggu Ke-7

Isnin, 10 Mei 2021.

Tajuk yang dipelajari berdasarkan kuliah minggu ke-7 ialah kajian reka bentuk dan pembangunan dalam pengajaran iaitu Design and Developmental Research (DDR) dan Design Based Research (DBR). Untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk kepada pelajar, pendidik haruslah mempelajari proses dan kaedah yang sistematik untuk membentuk pengajaran dan pembelajaran tersebut untuk mencapai tahap keberkesanan yang tinggi. Salah satu pendekatan yang boleh digunapakai ialah berorientasikan media untuk menarik minat pelajar dan mengekalkan fokus pelajar. Pengintegrasian teknologi dengan pendidikan dapat menghasilkan impak yang tinggi kepada pembelajaran pelajar.

Komponen penting yang perlu dititik beratkan untuk membentuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai ialah kandungan, teori pembelajaran, pedagogi dan strategi pembelajaran bermakna. Pendekatan menggunakan model Universal Design Learning juga boleh diguna pakai dengan penggunaan satu media pengajaran ke atas semua pelajar yang mempunyai skop kepelbagaian yang besar. Ia menyediakan platform kepada semua pelajar untuk menaakul dan mempelajari ilmu disamping menutup jurang keciciran ilmu. Ini kerana pelajar disediakan dengan kemudahan akses kepada bahan pembelajaran, penglibatan diri sewaktu pembelajaran dan meneroka lebih maklumat. Disini, ianya juga dapat menerapkan kaedah pembelajaran kendiri kepada pelajar untuk sentiasa mencabar diri mereka untuk lebih berfikiran unik dan meluaskan skop pemikiran mereka.

Pada minggu ke-7 juga saya didedahkan dengan kemahiran baru iaitu membina blog dengan menggunakan platform wordpress. Ianya sedikit mencabar tetapi menarik minat saya untuk lebih mempelajari paltform wordpress kerana banyak kelebihan yang boleh saya capai melalui penggunaan platform wordpress ini.

Berikut pautan dibawah merupakan Bahan Pembelajaran Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan dalam pengajaran Sinkroni GE6543 TMK Dalam Pendidikan yang dikongsikan oleh Dr Rosseni.

https://rosseni.wordpress.com/2021/05/10/bahan-pembelajaran-sinkroni-ge6543-tmk-dalam-pendidikan/

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started